Assalamualaikum
Hai genk. sihat ke teww? hehe
aku dah blank dah ni nak masak apa T____T kat rumah ada ayam dengan telur je. pusing-pusing benda sama je masak. huhu
tapi, takpelah. engkorang makan je laa. kalau tak, masak sendiri. :p
btw, tanda (/) maksudnya "atau". so, choose one. rembat je mana yang ada kat rumah tuu. hehe
Bahan-bahan:
ayam
kunyit
garam
minyak
serai (diketuk)
halia (kisar)
bawang merah / bawang holland (hiris bulat)
Bawang merah (kisar)
bawang putih (kisar)
cili kering (kisar)
asam jawa / asam keping
gula
Sos cili
serbuk perasa (*optional)
Daun sup (optional- buat tabur je. ehehe)
tomato tu buat tambah-tambah sayur je.
ayam ni adalahh dalam 9 ketul.
Cara-Cara:
1. Bersihkan ayam. Pastu, gaulkan dengan kunyit dan garam.
2. Panaskan minyak, goreng ayam. pastu, ketepikan. Goreng ayam tu separuh masak pun tak pe sebab kejap lagi kita nak masak dia lagi. ehehehe
3. Kisar bawang merah, cili kering, halia dengan bawang putih.
4. Guna je minyak goreng ayam tadi, panaskan, tumis serai, bahan kisar sampai garing/ naik bau.
5. Masukkan gula sikit. agak-agak je, jangan banyak sangat. nanti manis. XD
6. pastu, masukkan air asam atau asam keping korang.
7. Masukkan sos cili sikit, garam dengan serbuk perasa. Pastu, rasa laa. Tak okay, tambahlah apa yang patut.
8. Kalau dah okay rasa dia, masukkan ayam yang dah digoreng tadi. Gaul-gaul. siap. kalau ada daun sup, nak tabur pun onsss. heee
Tadaaa!!!
Thank you for reading this entry!
No comments:
Post a Comment