Friday, 28 December 2018

SBE phase 2- SK Penerok

Assalamualaikum

after so longgggggggg, lets hear me ranting about my SBE phase 2. ahahahaah. ye, aku tau dah habis dah pun sem 3 ni. tapi nak update jugak! hahahah :p

SK Penerok in action!

so, i have to go for my SBE or also known as school based experience. before this, aku gi satu sekolah kat kedah. now, masa untuk balik hometown sendiri. hahahah. so, buat kat pontian. at first, nak buat kat pahang or kedah or ganu. ada kawan. tapi, sebab ibu baba memang berharap anak dia sorang ni duduk rumah je time tu, maka, saya sebagai anak yang baik, tunaikan lah hasrat ibu baba saya. :p
lepastu, nak pilih sekolah pulak. haa nak amb sekolah mana? ni lagi satu pening nak pilih. hahaahah. mula2 nak buat kat SKBP tapi, ramai pulak cikgu kenal saya nanti. hahah. so, tinggal SKTMI dengan SK Penerok. lepas baba ngan ibu consult saya, maka saya pilih laa SK Penerok sbb ada pokde. senang. hahahah. maka, 26/8 haritu bermulalah SBE sayaa. hehe

mula-mula sebelum masuk sekolah tu cuak jugak laa.. yelaa mana pernah buat sorang-sorang. XD. sebelum ni, buat dengan alya dengan ummie. time tu, semua Alya yang uruskan sebab mak dia sekolah situ. saya ikut jeee.. pastu, bila buat sorang-sorang ni, agak terkontang-kanting jugak la. hahaha

masuk-masuk je sekolah tu, cikgu-cikgu semua peramahhh giler. rasa welcomed sangat. hahaha. tapi, saya sebagai seorang yang introvert, haruslah senyap je, taktau nak kata apa. gelak je mampu. cikgu tanya, kita jawab. kalau tak, memang senyap je laa.. huhu. i really need to improved my social skills though. seriouslyyyyy. macam mana nak jadi cikgu kalau tak reti nak bercakap?? 


so, lepas lapor diri semua, guru besar perkenalkan laa cikgu-cikgu kat situ. bagi tempat duduk semua.  then, I met my mentor, cikgu farrah. sumpah kak farrah ni baik sangat. dia yang uruskan semua. dia yang banyak tolong imah. dia uruskan laa masuk kelas cikgu-cikgu sekian.. tengok diorang mengajar. kalini, banyakk sangat ilmu dapat. aku rasa, aku datang sekolah tu dengan zero knowledge, and cikgu-cikgu situ banyak betul bagi input. macam-macam laa depa bagi. terima kasih cikgu-cikgu SK Penerok, especially cikgu Farrah, Cikgu Shaiful dengan cikgu Ashraf. semua baik2. terima kasih jugak cikgu-cikgu yang selalu bagi makanan. kak aslah, cikgu zaki, cikgu azmi, etc. ramai lagiii. mau penuh entry ni tulis nama cikgu je. hehehe tqqqqq!!! kalau sebulan duduk situ, mau gemok imah. hahahahah. diaorang pun selalu ajak turun gi kantin, makan sama2. tapi, saya tak makan pagi. nanti saya sakit perut. maka, saya terpaksalah menolak. huhu sorry cikgu2. lagipun, pagi2, ibu dah paksa ambik sarapan. 

aku perkenalkan diri as khuzaimah je. sebab nametag nama khuzaimah. nanti kalau perkenalkan diri as rabbiyatul nanti, diorang tengok nametag nama khuzaimah, haa kena jawab lagi. hahahah. sesungguhnya aku rasa rabbiyatul dan khuzaimah tu macam 2 orang yang berbeza. walaupun satu nama je sebenarnya. rabbiyatul tu macam lembut sikit laa.. khuzaimah tu macam karakter garang-garang, ganas. hahaha ok, nama saya rabbiyatul khuzaimah ya rakan-rakan. :p

so, macam biasa laa SBE kan. masuk kelas kalau ada cikgu panggil. kalau takde, duduk je laa kat meja tu buat assignment. kalau bosan buat assignment, main phone, main game, haa buat je laa apa nak buat. hahahah. cuak jugak laa aku kalau guru besar hari-hari masuk bilik guru check. hahahah.
and, SBE kalini, aku takde interaksi sangat dengan budak. kalau jumpa kat koridor tu je laa yang berinteraksi sikit. kalau tak, memang takde laa. hahaha. kalini, sekolah takde bagi relief kelas ke apa. kalau ikut peraturan, memang tak boleh relief kelas, sebab aku still guru pelatih, bukan praktikum. hehe. tapi agak bosan jugakla bila takde relief ni, sebab x de buat apa pun. haha.

aku tak banyak sangat pun berbual dengan cikgu-cikgu. sebab tak tau nak bukak topik apa. hahahah. diorang yang banyak ajak berbual. diorang tanya, saya jawab la. hehe. kadang-kadang rasa serba salah jugak laa kat cikgu-cikgu situ sebab aku macam buat keje sendiri je. huhuhuhu diorang ajak gi kantin pun, aku selalu tolak, sebab tak lapar dan takut nak makan pagi. nanti sakit perut aconoo?? hahah. sampai ke hari last, cikgu ajak duduk bebrual dengan diorang. tapi kena tolak jugak sebab kena jumpa GB. huhu. in shaa Allah, ada jodoh kita jumpa lagi ehh cikgu-cikgu. sorry sangat-sangat. 

and the best part, hari last tu, GB tak ingat dia letak borang kehadiran, borang penilaian dengan surat pengenalan diri aku kat mana. HAHAHAHAH. nasib baik borang kehadiran dengan borang penilaian tu ad copy, boleh print. surat pengenalan diri tu, saya dah redha dah. ahahahah.

conclusionnya, i have no regret buat SBE kat Sk Penerok ni. cikgu dia best-best. sangat best. semua gila-gila. hahahah murid-murid dia baik-baik. entahlahh. ingatkan, akan happy sebab SBE dah habis. tapi, hari last tu jadi sedih nak tinggalkan sekolah tu. macam nak sambung je seminggu lagiii. huhu. lepas salam cikgu-cikgu tu semua, rasa macam ada kakak dan abang yang baru. ahahahahah. diorang siap request suruh mintak posting kat Penerok sbb cikgu BI kurang. hahaha. in shaa Allah. saya ada 2 tahun setengah lagi nak habis niiii. fightingg!! hehe. tp, tak sempat ambik gambar dengan cikgu-cikgu kat situ. sempat selfie dengan kak Farrah je. sebab time tu semua kalut nak balik.

whatever it is, terima kasih banyak-banyak pada pihak sekolah, cikgu-cikgu, murid-murid for your hospitality. owh. tq jugak kat ckg azmi sbb bagi pinjam meja. hahaha. nak mintak maaf jugak kat semua warga sekolah (cikgu, murid, pentadbir, kerani, cleaner, tukang kebun, dll) andai ada yang terguris perasaan ke apa ke. I AM REALLY RELLY SORRY. huhu. series, time SBE ni, perasaan nak gi sekolah tu macam happy je. feeling dia lain daripada SBE 1 haritu. mungkin sebab buat kat tempat sendiri? ke sebab layanan cikgu-cikgu semua? wallahualam. the most important part is, i'm having fun doing SBE at SK Penerok. tq SK PENEROK. *virtual hug*



here is my selfie from day 1. nak ambik gambar full,  takde orang nak amb. maka, kita selfie je
hahahahahah #confidentbai

sambutan kemerdekaan. lepas yassin kita buat apa?? nyanyi!! XD

lepas habis rehat, diorang akan beratur untuk masuk kelas

this is my mentor, ckg farrah. baik sangatt cikgu farrah ni. 
banyak benda dapat belajar dari cikgu farrah, cikgu saiful dengan cikgu ashraff
ni time pagi-pagi. senonoh laa sikit mukanya. time petang, berlengas.
berminyak semua adaaa.. hahahahah #konfidenitupenting

 
eeeeee.... rindunyaaa sekolah ni!!!!




yang kat bawah ni semua, time kitorang video call. this is how clingy we are. hahahahahah






aku tak banyak gambar kat sekolah ni sebab sensorang kann.. tak kan nak suruh cikgu/murid ambikkan ootd pulakk.. hahahahahah.. awkward gak laa nak jalan sorang-sorang satu sekolah. hehehe. so, yeah

Thank you for reading this entry!

Saturday, 27 October 2018

Bell's palsy

Assalamualaikum

p/s: this post will be super lengthy and wordy!!

Jom laaa throwback sekejap. Masa kena bell's palsy ni. Hehe. Tapi, post ni sebenarnya dari fb. Aku share kat fb dulu. Pastu baru copy ke sini. Sbb kat fb aku buat 2 part. Hehe. So, lets start!
_________________________________________________________________________________

the only photo yang dapat diselamatkan masa harddisc rosak. :'""")

Pernah kena penyakit ni masa form 4 dulu.

I still remember. Time tu hari jumaat. Kat rumah nenek. Perasan time mandi laa.. sebab bila kumuh, air keep on terkeluar dari mulut. Peganglaa bibir. Ingat bengkak ke apa. 
Keluar bilik air tu, tanya ibu, kak jia, nenek, semua orang laaa.. aku tanya 
"bibir imah bengkak ke?"

Semua jawab tak. Kak jia je jawab bengkak sikit. . So, biar je laa.. sebab ingatkan kena gigit semut since mmg allergic dgn binatang-binatang kecik tu.

Hari sabtu, malam. Main fon nak selfie. Baru prasan yang bila senyum, sebelah je bibir ternaik. Seblah lagi tak. Tapi tak sakit. Tak rasa apa pun. Biar lagi. Sebab ingat tak de apa 
Lepas brp jam lepastu, tengah gurau dengan yah. Pastu tetiba dia tegur
"Kak mah, asal mata kau sebelah je kelip"
Ahh sudahhh.. apa pulak ni 
Tengok cermin. Haah. Betul. sebelah je yang boleh kelip.


Masani baba outstation. And dia still dalam perjalanan nak balik ke rumah. So, aku bagitau ibu dulu. Ibu dah start risau sebab takut kena strok. Dalam pukul 11 ke 12 malam gitu baba sampai rumah. Dengan excitednya bgtau baba sebab memang tak rasa sakit langsung
"Babaaaa! Tengok ni mata imah sebelah je boleh kelip. Kalau senyum pun sebelah je naik"
Baba risau. Dan berbisik-bisik dah ngan ibu sebab takut anak dia kena strok.

Esok malam, ahad. Kenapa malam? Sbb pagi and petang tu kena settle a few things. Malam tu, Baba ngan ibu bawak gi klinik Ratnam. alang-alang nak cek kadir demam sekali. Dr kata, dia tak boleh nak buat apa. Dia bagi surat refer hospital.

Sampai hospital, register ap semua, dr panggil. Tanya kenapa. Aku jawablah,
"Mata saya sebelah je kelip dr. Mulut pun macam x berfungsi. Tp seblah kiri je laa"

Dr tanya  "bila start?"
Aku jawab "Jumaat dr. Start dgn mulut. Macam tak boleh nak kumuh.. blablabla"
Pastu, dr tu marah.  
"awak kena jumaat. Pastu hari ahad baru awak datang cek????"

"Mana saya tau dr. saya ingatkan kena gigit semut bibirnya."
"Okey takpe. Parents ad kat luar"
"Ada."
"Awak panggil parents awak. Saya nak refer awak ke HSA. Naik ambulans eh. Malam ni jugak"
"Errr... okey."


Cuak dah. Sebab nnt kena amb darah. 
Pukul 12 malam (dekat pukul 1 pagi jugak laa) naik ambulans ke HSA. Ibu teman. Baba follow dari blakang dgn adik bradik aku semua. 
Sampai je HSA, terus kena gi emergency ward and buat ct scan. Lepas tu terus warded sebab kena tunggu dr pakar. Something like that. X ingat.

Doktor risau ad ketumbuhan kat kepala jee. Sbb tu buat ct scan. And i swear, i'm the healthiest patient in that ward.  sebab tak tau laa kenapa tak rasa sakit langsung kat muka ni. Dr pun keep on tanya "awak tak sakit ke kat muka? Pening?"

Tapi memang tak rasa apa....

Kat hospital tak yah cerita laaa.. lebih 15 kali kena amb darah. Nak cek gula laa apa laa. Hampir semua jari kena cucuk. Tobat taknak masuk hospital lagi 
Masa masuk ward ni mmg x sempat nak bgtau sapa2. Even adik bradik sendiri pun tak tau. Diorang tau masa baba ambik diorang and bawak ke HSA. Nak jadi cerita, ayie gi buat status kat wechat dia kata aku warded. Pastu ad cousin baca, masukkan dalam group family. Ahh sudah.. nenek ngan mak ngah dah nangis dahh baca. Yelaaa.. tetiba x de angin x de ribut, cucu/ anak sedara masuk hospital pukul 1 pagi. Terkejut laa  lepastu battery fon time tu pun hbis. X sempat nak call sapa2.
Tapi, tak sampai 24 jam pun kat hospital tu. Drama kuat imah ni  

Pagi isnin tu, dr datang cek. X ray semua, okay. Dia kata dia tahan masuk ward sebab takut ada ketumbuhan kat otak. Pastu time ni baru dia cakap aku sakit apa. Btw, nama dr ni dr uzhair dan dia hensem. sempatt 

"Macam ni dik. Awak bukan kena strok tau. Penyakit ni nama bell's palsy. Dia masalah saraf kat muka je"

Aku angguk. Acah faham. Hahaha
Dia sambung lagi, 
"Pernah kena ke sebelum ni?"
Geleng

"Ada sakit apa2 ke sebelum kena ni?"
Ibu jawab, "dia baru baik demam ni dr. Baru jee.. hari jumaat haritu baru baik"
"Alright. Nanti saya bg ubat. Dengan mc. Kalau boleh rehat je laa ya kat rumah"
"Okey dr. Bila boleh discharge ya dr?"
"Harini boleh dah. Tapi kena tunggu saya siapkan surat refer pakar ent blablablabla"
"Okey dr. Terima kasih"

Tunggu punya tunggu, dari pukul 9 pagi, pukul 4 petang baru boleh balik. Nasib baik adik bradik datang. Boleh laa bergurau main2 semua. Hahahah. Sampai kena marah dgn nurse.
Selingan jap, masa tengah tunggu surat dr tu, ada aunty ni jatuh katil. Dia nak amb air dekat meja sebelah dia. Anak dia gi toilet masa tu. Masa dia nak capai tu, dia jatuh katil. Ko bayangkan katil hospital yang tinggi tuuu. Jatuh dari atas ke bawah. Terlungkup. Berlari semua dr dgn nurse. Terus tukar katil yang ad palang tu. Nasib baik tak de apa2.

Lepas dah dapat surat semua, balik lahh. Tp singgah rumah nenek dulu. Jumpa nenek and family kat rumah nenek. Kesian nenek risau. Huhu. 
Lepas makan ubat semua tu, tido. Tapi ubat dia sumpah ngantuk. Dah laa ad 8 jenis nak kena telan. Ada satu ubat saraf yg dr bg tu, sampai 8 biji sekali makan. Pahit tak yah cerita laa.. hahahah. Tp ubat tu dia makin lama makin sikit kuantiti nya. Cth, harini 8 biji. Lepas 2 minggu, 4 biji pulak. Lpstu 2 biji. Haa gitteww


A few month jugak laa baru baik. Nampak macam tak de apa kan... but it takes a few months with a tonnes of appointments with doctors for me tu fully recovered from this disease. Hehe.
One thing, kalau kena penyakit ni, boleh buat low self esteem tau. Bila kau jumpa org, kau senyum, orang akan gelak kan kau balik. Sebab senyum kau senget. Mata tak berkedip. Etc. Sebab tu pentingnya orang keliling utk support. Bg semangat.

My last appointment dengan dr is 29/01/2015. Sebab nak comfirm memang dah baik betul. The day arwah atok meninggal. Sampai skrg ralat sebab dia suruh duduk kampung jaga dia. Tapi sbb ad appointment, imah x tinggal kampung, imah balik. And that day... he's gone. 
Al-fatihah.


Btw,  penyakit ni still mcm tak tau lagi punca. Ada yang kata, kena aircond/kipas direct, ketumbuhan kat otak, etc. Tak tau laa penyebabnya apa. Sebab smp skarang mmg x jumpa lagi punca dia. Just be careful. Take care of your health. Sebab kalau dah kena, berkemungkinan besar boleh kena lagi.
Sampai sekarang kesan dia ada lagi. Mata kiri  ni kalau tutup, sebelah kiri mmg x boleh nak tutup rapat betul2. Kalau tido mmg tebukak laa sebelah. pastu juling sikit. mulut pun senget sikit. 

Utk org2 yang lalui benda ni, keep it up, dont give up!! Hahaha tiba2.
Ok habis dah. Penat  makasih sudi baca 

Thank you for reading this entry!

Wednesday, 4 January 2017

Life in IPBA part 2

Assalamualaikum

hai. kejap je dah sem 2 PPISMP . alhamdulillah la dah habis sem 1 PPISMP . dia punya struggle nak habiskan sem 1 tu ... fuhhhh ... rasanya kalau tak dapat kawal emosi, mmg dah gila dah .. huhu ..

result pun dah keluar . alhamdulillah. setanding laa dgn cara jawab . huhu . tak pe . i have tried my best and maybe it is the best for me. kan ? tak pe.. sem 2 ni fighting! hehe walaupun result aku tak seberapa nak banding dengan kawan lain, baba ngan ibu still support. masa tunjuk baba result tu, baba cium dahi kut . (T___________T) .. ni yang buat rindu nak balik lrg zawawi ni ! hehe

semalam baru start kelas. baba hantar balik gi ipba ni 1/1 sebab biarlah ad satu hari nak rehat n packing barang kan before start class. berat betul hati nak tinggalkan rumah. tak tau laa kenapa. hm ... tahun ni dapat blok 6 . masyaAllah ... rasa macam kena tambah survival skill bila duduk sini . shower  takde kepala. katil senget . tandas tak boleh flush. hahaha . lain sangat dengan blok 8 . tapi tak pe, janji ad tempat tinggal, nak mandi, nak makan . iemah ni kena belajar banyak bersyukur ni !

lepastu semalam bila start kelas, ingatkan nak ada azam baru. nak belajar betul-betul. tapi bila dah start tu, mashaAllah.. rasa macam tak boleh go on lagi dengan life sendiri.. huhu tough sangat dia punya subject (pada aku laa). major subject pon dah tough. tambah lagi dengan generik. hm berpinor mata. mungkin baru lagi kot . doakan laa rabbiyatul khuzaimah ni dapat cepat-cepat adapt dengan suasana kat sini and dipermudahkan untuk terima segala ilmu yang ada.. aamiin.. huhu

sebelum balik sini ada ngadu ngan baba yang duduk ipba tak best. tak pernah rasa seronok kat ipba ni . rasa dia lain sangat dengan masa kat UiTM Segamat dulu. pastu baba cakap ,

 "nak jihad ni memang susah. imah kan nak cari ilmu. jihad ke jalan ilmu. tak pe, sabar je nak eh..."

time tu baru sedar.. mungkin rasa seronok tu x datang sebab niat nak belajar tu dah lain . bukan lillahitaala. mungkin sebab tu x de rasa seronok. kot. maka, tahun ni harapnya dapat laa ubah niat jadi yang lebih baik. harap-haraplaa kan.  hehe . peace ! 

Thank you for reading this entry !

Tuesday, 23 August 2016

life in IPBA

Assalamualaikum

lama x update. dulu beria berazam seminggu satu entry.. skarang ? hampeh. setahun satu entry adalah... hahahahah  keyy, drop the subject.

haritu kelas A & B dapat tugas untuk handle satu event which is futsal. superrr tirreeddd .. hahahaha . sbb semua tak pernah handle apaper event, tetiba kene handle event yg 'agak' besar laa sbb libatkan semua pelajar IPBA . agak kalut laaa tp at the end of the day, it went well. no very well .. hehehehe 

aku AJK hebahan je, so tak de laa banyak keje sangat . huhu . poster pon qat yang buat. settlekan dgn HEP , JPP yg handle. kira aku punya keje post kt fb, hebah kat ws dgn tampal poster kat keliling IPBA je laa.. tapi malam2 hari jumaat tu, lps meeting dgn JPP, kitorg (perempuan) turun laa padang tlg bdk laki buat padang. tp tlg sikit2 je laa .. tabur tepung je kat line tu.. the best part, lepas buat padang, gosip laa tgh2 padang tu.. hahahahahahah lol


ni laa posternye

gigihkan organiser turun pepagi .. pkol 8.30 dh smp padang . :')

sampai tertido-tido qat kat padang. hahahahah

pendaftaran

tiba-tiba bila tgh warm up tu, hujan pulakk .. kelam kabut kemas meja tak nak kasi krts2 basah . hahahah . tp kejap je hujannya mcm hujan lalu jee .. pastu teruskan laa dgn game nye .. tgk gambar je laa.. mls nk type banyak-banyak  .. hahahahahah

papan perlawanan #ipbalympic16


alpha ~~

tng n celine
sesi warm up


okeyy .. pinggang !!

kaki tu strectch betul-betul !! hehe


germany squad !



refree

part of participatersss

organiser tgh busy . hehe

game dah start


alpha ........ ANGIN ~~~~



makanan disediakan. hehe

gigih takk lari2 kejar bola ? hhehe


alpha lagi !!!!!


lagi sekali, ALPHAAA !! hahahah

even banyak giler 'cabaran' (lol. skema giler) , kitorg still laa dpt anjurkn event ni even ad bnyk lagi yg lack. tp okey laa sbb budak baru belajar kann.. hehe . mcm2 laa kena hadap .. smpaikan sehari sebelum event tu, still takde sapa hantar nama nk join futsal. tp, alhamdulillah laa .. even kena paksa diorg masuk, diorg masuk jugak .. huhu . #biasalahtupaksaorangmasukeventkitasendiri  but its worth, of course. thank you everyone ! sanggup korbankan masa buat assignment utk join event ni ! hehe

tahniah Alpha sebab menang no 1 !
kita organise, kita menang ! lol
#takbuyers #bermainsecaraadil


Thank you team !

p/s: entry ni boring kan ? hahahahah

Thank you for reading this entry !