Saturday, 27 October 2018

Bell's palsy

Assalamualaikum

p/s: this post will be super lengthy and wordy!!

Jom laaa throwback sekejap. Masa kena bell's palsy ni. Hehe. Tapi, post ni sebenarnya dari fb. Aku share kat fb dulu. Pastu baru copy ke sini. Sbb kat fb aku buat 2 part. Hehe. So, lets start!
_________________________________________________________________________________

the only photo yang dapat diselamatkan masa harddisc rosak. :'""")

Pernah kena penyakit ni masa form 4 dulu.

I still remember. Time tu hari jumaat. Kat rumah nenek. Perasan time mandi laa.. sebab bila kumuh, air keep on terkeluar dari mulut. Peganglaa bibir. Ingat bengkak ke apa. 
Keluar bilik air tu, tanya ibu, kak jia, nenek, semua orang laaa.. aku tanya 
"bibir imah bengkak ke?"

Semua jawab tak. Kak jia je jawab bengkak sikit. . So, biar je laa.. sebab ingatkan kena gigit semut since mmg allergic dgn binatang-binatang kecik tu.

Hari sabtu, malam. Main fon nak selfie. Baru prasan yang bila senyum, sebelah je bibir ternaik. Seblah lagi tak. Tapi tak sakit. Tak rasa apa pun. Biar lagi. Sebab ingat tak de apa 
Lepas brp jam lepastu, tengah gurau dengan yah. Pastu tetiba dia tegur
"Kak mah, asal mata kau sebelah je kelip"
Ahh sudahhh.. apa pulak ni 
Tengok cermin. Haah. Betul. sebelah je yang boleh kelip.


Masani baba outstation. And dia still dalam perjalanan nak balik ke rumah. So, aku bagitau ibu dulu. Ibu dah start risau sebab takut kena strok. Dalam pukul 11 ke 12 malam gitu baba sampai rumah. Dengan excitednya bgtau baba sebab memang tak rasa sakit langsung
"Babaaaa! Tengok ni mata imah sebelah je boleh kelip. Kalau senyum pun sebelah je naik"
Baba risau. Dan berbisik-bisik dah ngan ibu sebab takut anak dia kena strok.

Esok malam, ahad. Kenapa malam? Sbb pagi and petang tu kena settle a few things. Malam tu, Baba ngan ibu bawak gi klinik Ratnam. alang-alang nak cek kadir demam sekali. Dr kata, dia tak boleh nak buat apa. Dia bagi surat refer hospital.

Sampai hospital, register ap semua, dr panggil. Tanya kenapa. Aku jawablah,
"Mata saya sebelah je kelip dr. Mulut pun macam x berfungsi. Tp seblah kiri je laa"

Dr tanya  "bila start?"
Aku jawab "Jumaat dr. Start dgn mulut. Macam tak boleh nak kumuh.. blablabla"
Pastu, dr tu marah.  
"awak kena jumaat. Pastu hari ahad baru awak datang cek????"

"Mana saya tau dr. saya ingatkan kena gigit semut bibirnya."
"Okey takpe. Parents ad kat luar"
"Ada."
"Awak panggil parents awak. Saya nak refer awak ke HSA. Naik ambulans eh. Malam ni jugak"
"Errr... okey."


Cuak dah. Sebab nnt kena amb darah. 
Pukul 12 malam (dekat pukul 1 pagi jugak laa) naik ambulans ke HSA. Ibu teman. Baba follow dari blakang dgn adik bradik aku semua. 
Sampai je HSA, terus kena gi emergency ward and buat ct scan. Lepas tu terus warded sebab kena tunggu dr pakar. Something like that. X ingat.

Doktor risau ad ketumbuhan kat kepala jee. Sbb tu buat ct scan. And i swear, i'm the healthiest patient in that ward.  sebab tak tau laa kenapa tak rasa sakit langsung kat muka ni. Dr pun keep on tanya "awak tak sakit ke kat muka? Pening?"

Tapi memang tak rasa apa....

Kat hospital tak yah cerita laaa.. lebih 15 kali kena amb darah. Nak cek gula laa apa laa. Hampir semua jari kena cucuk. Tobat taknak masuk hospital lagi 
Masa masuk ward ni mmg x sempat nak bgtau sapa2. Even adik bradik sendiri pun tak tau. Diorang tau masa baba ambik diorang and bawak ke HSA. Nak jadi cerita, ayie gi buat status kat wechat dia kata aku warded. Pastu ad cousin baca, masukkan dalam group family. Ahh sudah.. nenek ngan mak ngah dah nangis dahh baca. Yelaaa.. tetiba x de angin x de ribut, cucu/ anak sedara masuk hospital pukul 1 pagi. Terkejut laa  lepastu battery fon time tu pun hbis. X sempat nak call sapa2.
Tapi, tak sampai 24 jam pun kat hospital tu. Drama kuat imah ni  

Pagi isnin tu, dr datang cek. X ray semua, okay. Dia kata dia tahan masuk ward sebab takut ada ketumbuhan kat otak. Pastu time ni baru dia cakap aku sakit apa. Btw, nama dr ni dr uzhair dan dia hensem. sempatt 

"Macam ni dik. Awak bukan kena strok tau. Penyakit ni nama bell's palsy. Dia masalah saraf kat muka je"

Aku angguk. Acah faham. Hahaha
Dia sambung lagi, 
"Pernah kena ke sebelum ni?"
Geleng

"Ada sakit apa2 ke sebelum kena ni?"
Ibu jawab, "dia baru baik demam ni dr. Baru jee.. hari jumaat haritu baru baik"
"Alright. Nanti saya bg ubat. Dengan mc. Kalau boleh rehat je laa ya kat rumah"
"Okey dr. Bila boleh discharge ya dr?"
"Harini boleh dah. Tapi kena tunggu saya siapkan surat refer pakar ent blablablabla"
"Okey dr. Terima kasih"

Tunggu punya tunggu, dari pukul 9 pagi, pukul 4 petang baru boleh balik. Nasib baik adik bradik datang. Boleh laa bergurau main2 semua. Hahahah. Sampai kena marah dgn nurse.
Selingan jap, masa tengah tunggu surat dr tu, ada aunty ni jatuh katil. Dia nak amb air dekat meja sebelah dia. Anak dia gi toilet masa tu. Masa dia nak capai tu, dia jatuh katil. Ko bayangkan katil hospital yang tinggi tuuu. Jatuh dari atas ke bawah. Terlungkup. Berlari semua dr dgn nurse. Terus tukar katil yang ad palang tu. Nasib baik tak de apa2.

Lepas dah dapat surat semua, balik lahh. Tp singgah rumah nenek dulu. Jumpa nenek and family kat rumah nenek. Kesian nenek risau. Huhu. 
Lepas makan ubat semua tu, tido. Tapi ubat dia sumpah ngantuk. Dah laa ad 8 jenis nak kena telan. Ada satu ubat saraf yg dr bg tu, sampai 8 biji sekali makan. Pahit tak yah cerita laa.. hahahah. Tp ubat tu dia makin lama makin sikit kuantiti nya. Cth, harini 8 biji. Lepas 2 minggu, 4 biji pulak. Lpstu 2 biji. Haa gitteww


A few month jugak laa baru baik. Nampak macam tak de apa kan... but it takes a few months with a tonnes of appointments with doctors for me tu fully recovered from this disease. Hehe.
One thing, kalau kena penyakit ni, boleh buat low self esteem tau. Bila kau jumpa org, kau senyum, orang akan gelak kan kau balik. Sebab senyum kau senget. Mata tak berkedip. Etc. Sebab tu pentingnya orang keliling utk support. Bg semangat.

My last appointment dengan dr is 29/01/2015. Sebab nak comfirm memang dah baik betul. The day arwah atok meninggal. Sampai skrg ralat sebab dia suruh duduk kampung jaga dia. Tapi sbb ad appointment, imah x tinggal kampung, imah balik. And that day... he's gone. 
Al-fatihah.


Btw,  penyakit ni still mcm tak tau lagi punca. Ada yang kata, kena aircond/kipas direct, ketumbuhan kat otak, etc. Tak tau laa penyebabnya apa. Sebab smp skarang mmg x jumpa lagi punca dia. Just be careful. Take care of your health. Sebab kalau dah kena, berkemungkinan besar boleh kena lagi.
Sampai sekarang kesan dia ada lagi. Mata kiri  ni kalau tutup, sebelah kiri mmg x boleh nak tutup rapat betul2. Kalau tido mmg tebukak laa sebelah. pastu juling sikit. mulut pun senget sikit. 

Utk org2 yang lalui benda ni, keep it up, dont give up!! Hahaha tiba2.
Ok habis dah. Penat  makasih sudi baca 

Thank you for reading this entry!

No comments:

Post a Comment