Assalamualaikum
after so longgggggggg, lets hear me ranting about my SBE phase 2. ahahahaah. ye, aku tau dah habis dah pun sem 3 ni. tapi nak update jugak! hahahah :p
SK Penerok in action!
so, i have to go for my SBE or also known as school based experience. before this, aku gi satu sekolah kat kedah. now, masa untuk balik hometown sendiri. hahahah. so, buat kat pontian. at first, nak buat kat pahang or kedah or ganu. ada kawan. tapi, sebab ibu baba memang berharap anak dia sorang ni duduk rumah je time tu, maka, saya sebagai anak yang baik, tunaikan lah hasrat ibu baba saya. :p
lepastu, nak pilih sekolah pulak. haa nak amb sekolah mana? ni lagi satu pening nak pilih. hahaahah. mula2 nak buat kat SKBP tapi, ramai pulak cikgu kenal saya nanti. hahah. so, tinggal SKTMI dengan SK Penerok. lepas baba ngan ibu consult saya, maka saya pilih laa SK Penerok sbb ada pokde. senang. hahahah. maka, 26/8 haritu bermulalah SBE sayaa. hehe
mula-mula sebelum masuk sekolah tu cuak jugak laa.. yelaa mana pernah buat sorang-sorang. XD. sebelum ni, buat dengan alya dengan ummie. time tu, semua Alya yang uruskan sebab mak dia sekolah situ. saya ikut jeee.. pastu, bila buat sorang-sorang ni, agak terkontang-kanting jugak la. hahaha
masuk-masuk je sekolah tu, cikgu-cikgu semua peramahhh giler. rasa welcomed sangat. hahaha. tapi, saya sebagai seorang yang introvert, haruslah senyap je, taktau nak kata apa. gelak je mampu. cikgu tanya, kita jawab. kalau tak, memang senyap je laa.. huhu. i really need to improved my social skills though. seriouslyyyyy. macam mana nak jadi cikgu kalau tak reti nak bercakap??
so, lepas lapor diri semua, guru besar perkenalkan laa cikgu-cikgu kat situ. bagi tempat duduk semua. then, I met my mentor, cikgu farrah. sumpah kak farrah ni baik sangat. dia yang uruskan semua. dia yang banyak tolong imah. dia uruskan laa masuk kelas cikgu-cikgu sekian.. tengok diorang mengajar. kalini, banyakk sangat ilmu dapat. aku rasa, aku datang sekolah tu dengan zero knowledge, and cikgu-cikgu situ banyak betul bagi input. macam-macam laa depa bagi. terima kasih cikgu-cikgu SK Penerok, especially cikgu Farrah, Cikgu Shaiful dengan cikgu Ashraf. semua baik2. terima kasih jugak cikgu-cikgu yang selalu bagi makanan. kak aslah, cikgu zaki, cikgu azmi, etc. ramai lagiii. mau penuh entry ni tulis nama cikgu je. hehehe tqqqqq!!! kalau sebulan duduk situ, mau gemok imah. hahahahah. diaorang pun selalu ajak turun gi kantin, makan sama2. tapi, saya tak makan pagi. nanti saya sakit perut. maka, saya terpaksalah menolak. huhu sorry cikgu2. lagipun, pagi2, ibu dah paksa ambik sarapan.
aku perkenalkan diri as khuzaimah je. sebab nametag nama khuzaimah. nanti kalau perkenalkan diri as rabbiyatul nanti, diorang tengok nametag nama khuzaimah, haa kena jawab lagi. hahahah. sesungguhnya aku rasa rabbiyatul dan khuzaimah tu macam 2 orang yang berbeza. walaupun satu nama je sebenarnya. rabbiyatul tu macam lembut sikit laa.. khuzaimah tu macam karakter garang-garang, ganas. hahaha ok, nama saya rabbiyatul khuzaimah ya rakan-rakan. :p
so, macam biasa laa SBE kan. masuk kelas kalau ada cikgu panggil. kalau takde, duduk je laa kat meja tu buat assignment. kalau bosan buat assignment, main phone, main game, haa buat je laa apa nak buat. hahahah. cuak jugak laa aku kalau guru besar hari-hari masuk bilik guru check. hahahah.
and, SBE kalini, aku takde interaksi sangat dengan budak. kalau jumpa kat koridor tu je laa yang berinteraksi sikit. kalau tak, memang takde laa. hahaha. kalini, sekolah takde bagi relief kelas ke apa. kalau ikut peraturan, memang tak boleh relief kelas, sebab aku still guru pelatih, bukan praktikum. hehe. tapi agak bosan jugakla bila takde relief ni, sebab x de buat apa pun. haha.
aku tak banyak sangat pun berbual dengan cikgu-cikgu. sebab tak tau nak bukak topik apa. hahahah. diorang yang banyak ajak berbual. diorang tanya, saya jawab la. hehe. kadang-kadang rasa serba salah jugak laa kat cikgu-cikgu situ sebab aku macam buat keje sendiri je. huhuhuhu diorang ajak gi kantin pun, aku selalu tolak, sebab tak lapar dan takut nak makan pagi. nanti sakit perut aconoo?? hahah. sampai ke hari last, cikgu ajak duduk bebrual dengan diorang. tapi kena tolak jugak sebab kena jumpa GB. huhu. in shaa Allah, ada jodoh kita jumpa lagi ehh cikgu-cikgu. sorry sangat-sangat.
and the best part, hari last tu, GB tak ingat dia letak borang kehadiran, borang penilaian dengan surat pengenalan diri aku kat mana. HAHAHAHAH. nasib baik borang kehadiran dengan borang penilaian tu ad copy, boleh print. surat pengenalan diri tu, saya dah redha dah. ahahahah.
conclusionnya, i have no regret buat SBE kat Sk Penerok ni. cikgu dia best-best. sangat best. semua gila-gila. hahahah murid-murid dia baik-baik. entahlahh. ingatkan, akan happy sebab SBE dah habis. tapi, hari last tu jadi sedih nak tinggalkan sekolah tu. macam nak sambung je seminggu lagiii. huhu. lepas salam cikgu-cikgu tu semua, rasa macam ada kakak dan abang yang baru. ahahahahah. diorang siap request suruh mintak posting kat Penerok sbb cikgu BI kurang. hahaha. in shaa Allah. saya ada 2 tahun setengah lagi nak habis niiii. fightingg!! hehe. tp, tak sempat ambik gambar dengan cikgu-cikgu kat situ. sempat selfie dengan kak Farrah je. sebab time tu semua kalut nak balik.
whatever it is, terima kasih banyak-banyak pada pihak sekolah, cikgu-cikgu, murid-murid for your hospitality. owh. tq jugak kat ckg azmi sbb bagi pinjam meja. hahaha. nak mintak maaf jugak kat semua warga sekolah (cikgu, murid, pentadbir, kerani, cleaner, tukang kebun, dll) andai ada yang terguris perasaan ke apa ke. I AM REALLY RELLY SORRY. huhu. series, time SBE ni, perasaan nak gi sekolah tu macam happy je. feeling dia lain daripada SBE 1 haritu. mungkin sebab buat kat tempat sendiri? ke sebab layanan cikgu-cikgu semua? wallahualam. the most important part is, i'm having fun doing SBE at SK Penerok. tq SK PENEROK. *virtual hug*
here is my selfie from day 1. nak ambik gambar full, takde orang nak amb. maka, kita selfie je
hahahahahah #confidentbai
sambutan kemerdekaan. lepas yassin kita buat apa?? nyanyi!! XD
lepas habis rehat, diorang akan beratur untuk masuk kelas
this is my mentor, ckg farrah. baik sangatt cikgu farrah ni.
banyak benda dapat belajar dari cikgu farrah, cikgu saiful dengan cikgu ashraff
ni time pagi-pagi. senonoh laa sikit mukanya. time petang, berlengas.
berminyak semua adaaa.. hahahahah #konfidenitupenting
eeeeee.... rindunyaaa sekolah ni!!!!
yang kat bawah ni semua, time kitorang video call. this is how clingy we are. hahahahahah
aku tak banyak gambar kat sekolah ni sebab sensorang kann.. tak kan nak suruh cikgu/murid ambikkan ootd pulakk.. hahahahahah.. awkward gak laa nak jalan sorang-sorang satu sekolah. hehehe. so, yeah
Thank you for reading this entry!
No comments:
Post a Comment