Friday, 28 December 2018

SBE phase 2- SK Penerok

Assalamualaikum

after so longgggggggg, lets hear me ranting about my SBE phase 2. ahahahaah. ye, aku tau dah habis dah pun sem 3 ni. tapi nak update jugak! hahahah :p

SK Penerok in action!

so, i have to go for my SBE or also known as school based experience. before this, aku gi satu sekolah kat kedah. now, masa untuk balik hometown sendiri. hahahah. so, buat kat pontian. at first, nak buat kat pahang or kedah or ganu. ada kawan. tapi, sebab ibu baba memang berharap anak dia sorang ni duduk rumah je time tu, maka, saya sebagai anak yang baik, tunaikan lah hasrat ibu baba saya. :p
lepastu, nak pilih sekolah pulak. haa nak amb sekolah mana? ni lagi satu pening nak pilih. hahaahah. mula2 nak buat kat SKBP tapi, ramai pulak cikgu kenal saya nanti. hahah. so, tinggal SKTMI dengan SK Penerok. lepas baba ngan ibu consult saya, maka saya pilih laa SK Penerok sbb ada pokde. senang. hahahah. maka, 26/8 haritu bermulalah SBE sayaa. hehe

mula-mula sebelum masuk sekolah tu cuak jugak laa.. yelaa mana pernah buat sorang-sorang. XD. sebelum ni, buat dengan alya dengan ummie. time tu, semua Alya yang uruskan sebab mak dia sekolah situ. saya ikut jeee.. pastu, bila buat sorang-sorang ni, agak terkontang-kanting jugak la. hahaha

masuk-masuk je sekolah tu, cikgu-cikgu semua peramahhh giler. rasa welcomed sangat. hahaha. tapi, saya sebagai seorang yang introvert, haruslah senyap je, taktau nak kata apa. gelak je mampu. cikgu tanya, kita jawab. kalau tak, memang senyap je laa.. huhu. i really need to improved my social skills though. seriouslyyyyy. macam mana nak jadi cikgu kalau tak reti nak bercakap?? 


so, lepas lapor diri semua, guru besar perkenalkan laa cikgu-cikgu kat situ. bagi tempat duduk semua.  then, I met my mentor, cikgu farrah. sumpah kak farrah ni baik sangat. dia yang uruskan semua. dia yang banyak tolong imah. dia uruskan laa masuk kelas cikgu-cikgu sekian.. tengok diorang mengajar. kalini, banyakk sangat ilmu dapat. aku rasa, aku datang sekolah tu dengan zero knowledge, and cikgu-cikgu situ banyak betul bagi input. macam-macam laa depa bagi. terima kasih cikgu-cikgu SK Penerok, especially cikgu Farrah, Cikgu Shaiful dengan cikgu Ashraf. semua baik2. terima kasih jugak cikgu-cikgu yang selalu bagi makanan. kak aslah, cikgu zaki, cikgu azmi, etc. ramai lagiii. mau penuh entry ni tulis nama cikgu je. hehehe tqqqqq!!! kalau sebulan duduk situ, mau gemok imah. hahahahah. diaorang pun selalu ajak turun gi kantin, makan sama2. tapi, saya tak makan pagi. nanti saya sakit perut. maka, saya terpaksalah menolak. huhu sorry cikgu2. lagipun, pagi2, ibu dah paksa ambik sarapan. 

aku perkenalkan diri as khuzaimah je. sebab nametag nama khuzaimah. nanti kalau perkenalkan diri as rabbiyatul nanti, diorang tengok nametag nama khuzaimah, haa kena jawab lagi. hahahah. sesungguhnya aku rasa rabbiyatul dan khuzaimah tu macam 2 orang yang berbeza. walaupun satu nama je sebenarnya. rabbiyatul tu macam lembut sikit laa.. khuzaimah tu macam karakter garang-garang, ganas. hahaha ok, nama saya rabbiyatul khuzaimah ya rakan-rakan. :p

so, macam biasa laa SBE kan. masuk kelas kalau ada cikgu panggil. kalau takde, duduk je laa kat meja tu buat assignment. kalau bosan buat assignment, main phone, main game, haa buat je laa apa nak buat. hahahah. cuak jugak laa aku kalau guru besar hari-hari masuk bilik guru check. hahahah.
and, SBE kalini, aku takde interaksi sangat dengan budak. kalau jumpa kat koridor tu je laa yang berinteraksi sikit. kalau tak, memang takde laa. hahaha. kalini, sekolah takde bagi relief kelas ke apa. kalau ikut peraturan, memang tak boleh relief kelas, sebab aku still guru pelatih, bukan praktikum. hehe. tapi agak bosan jugakla bila takde relief ni, sebab x de buat apa pun. haha.

aku tak banyak sangat pun berbual dengan cikgu-cikgu. sebab tak tau nak bukak topik apa. hahahah. diorang yang banyak ajak berbual. diorang tanya, saya jawab la. hehe. kadang-kadang rasa serba salah jugak laa kat cikgu-cikgu situ sebab aku macam buat keje sendiri je. huhuhuhu diorang ajak gi kantin pun, aku selalu tolak, sebab tak lapar dan takut nak makan pagi. nanti sakit perut aconoo?? hahah. sampai ke hari last, cikgu ajak duduk bebrual dengan diorang. tapi kena tolak jugak sebab kena jumpa GB. huhu. in shaa Allah, ada jodoh kita jumpa lagi ehh cikgu-cikgu. sorry sangat-sangat. 

and the best part, hari last tu, GB tak ingat dia letak borang kehadiran, borang penilaian dengan surat pengenalan diri aku kat mana. HAHAHAHAH. nasib baik borang kehadiran dengan borang penilaian tu ad copy, boleh print. surat pengenalan diri tu, saya dah redha dah. ahahahah.

conclusionnya, i have no regret buat SBE kat Sk Penerok ni. cikgu dia best-best. sangat best. semua gila-gila. hahahah murid-murid dia baik-baik. entahlahh. ingatkan, akan happy sebab SBE dah habis. tapi, hari last tu jadi sedih nak tinggalkan sekolah tu. macam nak sambung je seminggu lagiii. huhu. lepas salam cikgu-cikgu tu semua, rasa macam ada kakak dan abang yang baru. ahahahahah. diorang siap request suruh mintak posting kat Penerok sbb cikgu BI kurang. hahaha. in shaa Allah. saya ada 2 tahun setengah lagi nak habis niiii. fightingg!! hehe. tp, tak sempat ambik gambar dengan cikgu-cikgu kat situ. sempat selfie dengan kak Farrah je. sebab time tu semua kalut nak balik.

whatever it is, terima kasih banyak-banyak pada pihak sekolah, cikgu-cikgu, murid-murid for your hospitality. owh. tq jugak kat ckg azmi sbb bagi pinjam meja. hahaha. nak mintak maaf jugak kat semua warga sekolah (cikgu, murid, pentadbir, kerani, cleaner, tukang kebun, dll) andai ada yang terguris perasaan ke apa ke. I AM REALLY RELLY SORRY. huhu. series, time SBE ni, perasaan nak gi sekolah tu macam happy je. feeling dia lain daripada SBE 1 haritu. mungkin sebab buat kat tempat sendiri? ke sebab layanan cikgu-cikgu semua? wallahualam. the most important part is, i'm having fun doing SBE at SK Penerok. tq SK PENEROK. *virtual hug*



here is my selfie from day 1. nak ambik gambar full,  takde orang nak amb. maka, kita selfie je
hahahahahah #confidentbai

sambutan kemerdekaan. lepas yassin kita buat apa?? nyanyi!! XD

lepas habis rehat, diorang akan beratur untuk masuk kelas

this is my mentor, ckg farrah. baik sangatt cikgu farrah ni. 
banyak benda dapat belajar dari cikgu farrah, cikgu saiful dengan cikgu ashraff
ni time pagi-pagi. senonoh laa sikit mukanya. time petang, berlengas.
berminyak semua adaaa.. hahahahah #konfidenitupenting

 
eeeeee.... rindunyaaa sekolah ni!!!!




yang kat bawah ni semua, time kitorang video call. this is how clingy we are. hahahahahah






aku tak banyak gambar kat sekolah ni sebab sensorang kann.. tak kan nak suruh cikgu/murid ambikkan ootd pulakk.. hahahahahah.. awkward gak laa nak jalan sorang-sorang satu sekolah. hehehe. so, yeah

Thank you for reading this entry!

Saturday, 27 October 2018

Bell's palsy

Assalamualaikum

p/s: this post will be super lengthy and wordy!!

Jom laaa throwback sekejap. Masa kena bell's palsy ni. Hehe. Tapi, post ni sebenarnya dari fb. Aku share kat fb dulu. Pastu baru copy ke sini. Sbb kat fb aku buat 2 part. Hehe. So, lets start!
_________________________________________________________________________________

the only photo yang dapat diselamatkan masa harddisc rosak. :'""")

Pernah kena penyakit ni masa form 4 dulu.

I still remember. Time tu hari jumaat. Kat rumah nenek. Perasan time mandi laa.. sebab bila kumuh, air keep on terkeluar dari mulut. Peganglaa bibir. Ingat bengkak ke apa. 
Keluar bilik air tu, tanya ibu, kak jia, nenek, semua orang laaa.. aku tanya 
"bibir imah bengkak ke?"

Semua jawab tak. Kak jia je jawab bengkak sikit. . So, biar je laa.. sebab ingatkan kena gigit semut since mmg allergic dgn binatang-binatang kecik tu.

Hari sabtu, malam. Main fon nak selfie. Baru prasan yang bila senyum, sebelah je bibir ternaik. Seblah lagi tak. Tapi tak sakit. Tak rasa apa pun. Biar lagi. Sebab ingat tak de apa 
Lepas brp jam lepastu, tengah gurau dengan yah. Pastu tetiba dia tegur
"Kak mah, asal mata kau sebelah je kelip"
Ahh sudahhh.. apa pulak ni 
Tengok cermin. Haah. Betul. sebelah je yang boleh kelip.


Masani baba outstation. And dia still dalam perjalanan nak balik ke rumah. So, aku bagitau ibu dulu. Ibu dah start risau sebab takut kena strok. Dalam pukul 11 ke 12 malam gitu baba sampai rumah. Dengan excitednya bgtau baba sebab memang tak rasa sakit langsung
"Babaaaa! Tengok ni mata imah sebelah je boleh kelip. Kalau senyum pun sebelah je naik"
Baba risau. Dan berbisik-bisik dah ngan ibu sebab takut anak dia kena strok.

Esok malam, ahad. Kenapa malam? Sbb pagi and petang tu kena settle a few things. Malam tu, Baba ngan ibu bawak gi klinik Ratnam. alang-alang nak cek kadir demam sekali. Dr kata, dia tak boleh nak buat apa. Dia bagi surat refer hospital.

Sampai hospital, register ap semua, dr panggil. Tanya kenapa. Aku jawablah,
"Mata saya sebelah je kelip dr. Mulut pun macam x berfungsi. Tp seblah kiri je laa"

Dr tanya  "bila start?"
Aku jawab "Jumaat dr. Start dgn mulut. Macam tak boleh nak kumuh.. blablabla"
Pastu, dr tu marah.  
"awak kena jumaat. Pastu hari ahad baru awak datang cek????"

"Mana saya tau dr. saya ingatkan kena gigit semut bibirnya."
"Okey takpe. Parents ad kat luar"
"Ada."
"Awak panggil parents awak. Saya nak refer awak ke HSA. Naik ambulans eh. Malam ni jugak"
"Errr... okey."


Cuak dah. Sebab nnt kena amb darah. 
Pukul 12 malam (dekat pukul 1 pagi jugak laa) naik ambulans ke HSA. Ibu teman. Baba follow dari blakang dgn adik bradik aku semua. 
Sampai je HSA, terus kena gi emergency ward and buat ct scan. Lepas tu terus warded sebab kena tunggu dr pakar. Something like that. X ingat.

Doktor risau ad ketumbuhan kat kepala jee. Sbb tu buat ct scan. And i swear, i'm the healthiest patient in that ward.  sebab tak tau laa kenapa tak rasa sakit langsung kat muka ni. Dr pun keep on tanya "awak tak sakit ke kat muka? Pening?"

Tapi memang tak rasa apa....

Kat hospital tak yah cerita laaa.. lebih 15 kali kena amb darah. Nak cek gula laa apa laa. Hampir semua jari kena cucuk. Tobat taknak masuk hospital lagi 
Masa masuk ward ni mmg x sempat nak bgtau sapa2. Even adik bradik sendiri pun tak tau. Diorang tau masa baba ambik diorang and bawak ke HSA. Nak jadi cerita, ayie gi buat status kat wechat dia kata aku warded. Pastu ad cousin baca, masukkan dalam group family. Ahh sudah.. nenek ngan mak ngah dah nangis dahh baca. Yelaaa.. tetiba x de angin x de ribut, cucu/ anak sedara masuk hospital pukul 1 pagi. Terkejut laa  lepastu battery fon time tu pun hbis. X sempat nak call sapa2.
Tapi, tak sampai 24 jam pun kat hospital tu. Drama kuat imah ni  

Pagi isnin tu, dr datang cek. X ray semua, okay. Dia kata dia tahan masuk ward sebab takut ada ketumbuhan kat otak. Pastu time ni baru dia cakap aku sakit apa. Btw, nama dr ni dr uzhair dan dia hensem. sempatt 

"Macam ni dik. Awak bukan kena strok tau. Penyakit ni nama bell's palsy. Dia masalah saraf kat muka je"

Aku angguk. Acah faham. Hahaha
Dia sambung lagi, 
"Pernah kena ke sebelum ni?"
Geleng

"Ada sakit apa2 ke sebelum kena ni?"
Ibu jawab, "dia baru baik demam ni dr. Baru jee.. hari jumaat haritu baru baik"
"Alright. Nanti saya bg ubat. Dengan mc. Kalau boleh rehat je laa ya kat rumah"
"Okey dr. Bila boleh discharge ya dr?"
"Harini boleh dah. Tapi kena tunggu saya siapkan surat refer pakar ent blablablabla"
"Okey dr. Terima kasih"

Tunggu punya tunggu, dari pukul 9 pagi, pukul 4 petang baru boleh balik. Nasib baik adik bradik datang. Boleh laa bergurau main2 semua. Hahahah. Sampai kena marah dgn nurse.
Selingan jap, masa tengah tunggu surat dr tu, ada aunty ni jatuh katil. Dia nak amb air dekat meja sebelah dia. Anak dia gi toilet masa tu. Masa dia nak capai tu, dia jatuh katil. Ko bayangkan katil hospital yang tinggi tuuu. Jatuh dari atas ke bawah. Terlungkup. Berlari semua dr dgn nurse. Terus tukar katil yang ad palang tu. Nasib baik tak de apa2.

Lepas dah dapat surat semua, balik lahh. Tp singgah rumah nenek dulu. Jumpa nenek and family kat rumah nenek. Kesian nenek risau. Huhu. 
Lepas makan ubat semua tu, tido. Tapi ubat dia sumpah ngantuk. Dah laa ad 8 jenis nak kena telan. Ada satu ubat saraf yg dr bg tu, sampai 8 biji sekali makan. Pahit tak yah cerita laa.. hahahah. Tp ubat tu dia makin lama makin sikit kuantiti nya. Cth, harini 8 biji. Lepas 2 minggu, 4 biji pulak. Lpstu 2 biji. Haa gitteww


A few month jugak laa baru baik. Nampak macam tak de apa kan... but it takes a few months with a tonnes of appointments with doctors for me tu fully recovered from this disease. Hehe.
One thing, kalau kena penyakit ni, boleh buat low self esteem tau. Bila kau jumpa org, kau senyum, orang akan gelak kan kau balik. Sebab senyum kau senget. Mata tak berkedip. Etc. Sebab tu pentingnya orang keliling utk support. Bg semangat.

My last appointment dengan dr is 29/01/2015. Sebab nak comfirm memang dah baik betul. The day arwah atok meninggal. Sampai skrg ralat sebab dia suruh duduk kampung jaga dia. Tapi sbb ad appointment, imah x tinggal kampung, imah balik. And that day... he's gone. 
Al-fatihah.


Btw,  penyakit ni still mcm tak tau lagi punca. Ada yang kata, kena aircond/kipas direct, ketumbuhan kat otak, etc. Tak tau laa penyebabnya apa. Sebab smp skarang mmg x jumpa lagi punca dia. Just be careful. Take care of your health. Sebab kalau dah kena, berkemungkinan besar boleh kena lagi.
Sampai sekarang kesan dia ada lagi. Mata kiri  ni kalau tutup, sebelah kiri mmg x boleh nak tutup rapat betul2. Kalau tido mmg tebukak laa sebelah. pastu juling sikit. mulut pun senget sikit. 

Utk org2 yang lalui benda ni, keep it up, dont give up!! Hahaha tiba2.
Ok habis dah. Penat  makasih sudi baca 

Thank you for reading this entry!

Monday, 5 March 2018

When life strokes you down

Assalamualaikum

you know you are mentally and physically exhausted when life stroke you down and you just wanna lie down and give up. 
you know that your body cannot bear with it anymore when you just thinking of your bed for all day and night. 
you know that your mind needs to take some rest when all the nerves started to make your head spinning around. 
you know that you need some space and some 'me' time when all the Dunya's errand push you up and down until you just decided to go with the flow.
you know you are really really really exhausted when you just wanna give up and end your life here.

but...
hey, girl!!
chin up and stay strong. because all of these will end soon. this phase will end soon. trust me. because in every storm, there will be a rainbow. for a beautiful ending, you need to go through the rough roads first. so, be positive, trust yourself and you can do it!

"you need to end what you have started"

Thank you for reading this entry!

Saturday, 27 January 2018

Family Day- Sri Mersing Resort part 2

Assalamualaikum

alright, so, untuk hari kedua and ketiga pulak !! sapa yg belum baca part 1, sila baca disini. hihi (acah). btw, kalini ad buat vid sikit untuk family day ni. nah link. family day | Sri Mersing Resort

06 / 12 / 2017
hari kedua ni, aku bangun pukul 6.00 sbb terjaga baba nak gi kerja. lpstu, bangun2 je dah lapar. sbb tuuuu laa x suka bangun pagiiii.. nnt lapar.. hahahahah. alright, since dh bangun pagi ni, maka, ayuhlahh kita tgk sunrise. so, aku kejut omi, sbb dia kata nk ikut tgk sunrise (read: kalau terbangun). so, kejut laa dia. jalan gi pantai tu, 3 minit je kott.. x sure laa.. sbb dekaat jeee .. aku gi ngan ibu ngan omi. gigih tauu bangun pagi2 sebab ak tgk sunrise, tapi sunrise tak de !!! sebab hujan .. huhu.. 

masa nak pergi pantai pun dah disambut ayam dahhh
tgk laa langit.. gloomy jee.. matahari pun segan nak naik.. 

muka tgh teruk sbb pakai hiruscar. hahahahah


ni lah artis you tube tu !!! :p

dengan ibuu

wajib


so, we just strolling and walking around the beach. i mean.. not around.. it is along the beach.. hehe.. so, after that, we went back home and eat maggi!! letak telur sikit.. sayur sikit. umphhh.. :p kalau ikut perancangan, pagi tu nak buat sukaneka, tp hujan. so, tangguh ke petang. pagi tu kitorg mandi kolam je lahh.. 

petang ada sukaneka. sukaneka ni kak ira dengan kak jia yang handle. biasanya, ika yang handle, tp ika x dpt join family day kalini. :(.. untuk kumpulan, dah siap drawlot dahh.. macam2 game kitorg buat untuk sukaneka niii.. tp x ingat lahh nama game tu apa. haahahah. tgk gambar je laa..

masa org tgh buat sarapan dia bangun
bulatnyaaa yaaaa tohann
sebelum bersukan buat apa?? wefiee !!


kesayangan cik iemahh



ni pon kesayangan cik iemah jugak !! eee rindu laaa rifqee!!

ni video game yg teka sapa tuu .. hahahah

wefiee lagii

ni pon kak mah sayanggg

irenggg

ni game ikat kaki. lepastu kena jalan smp ke garisan penamat. 
sumpah susah !!

pass tepung ke belakang





yg ni, tiup belon lps tu lari ke tempat tepung.. cari gula-gula dalam tepungg

banyakkk lagi sukanekanyaa.. tp x larat nk masukkan semua.. hahahahah. lepas sukaneka, mandi kolam lagiii.. lepastu malam ad bbq.. *telan ayaq liur* lepastu penyampaian hadiah, lepastu pergi tgk bulan and busking tepi pantai. hihi rinduuuuuuuu


bakar2 ayam, tiram, daging, ikan n etc
lepastu buat maggi guna kupang.. huishh mantap !!


tgk muka dah tauu mmg x berbakat. sbb tu kalah. hahahahah

group ni patutnya menang !! dah la hebat..
tp sebab org lain main tipu, kami kalah. :p

group sedang-sedang.. x de lahh hebat mana punn

tgk badanlahhh group nii.. mana boleh kalahkann
hahahahah

lepak-lepak sambil bakar-bakar
oh ye, tmpt bbq tu boleh pinjam hotel punyaa


*jilat skrin*

lepas makan-makan semua tuu (read: melantak), pegi laa pantai tgk bulan.. busking.. hihi. serius cantik.. ada ketam banyakkk.. lpstu bulan cantik.. ombak kuat ..


biasanya berlima. tp 2 org x de.. huhu


buskingg
dalam pukul 11 lebih gitu balik hotel semula.. makan lagi.. gosip lagiii. pukul 2 pg baru tido. hahahahah

07 / 12 / 2017
so, this is the last day. :( kejappp je masa berlaluuu.. time ni ingat nk tgk sunrise lg... tp terbangun lambat pulakk.. hahahah .. tp jalan jugak gi pantai ngan jijie, fifi n rifqee.. cantikk pepagi tuu.. tp x boleh mandii.. si rifqee sibuk nakk terjun dalam laut. puas pujuk. hahahahah
morning selfiee
rifqee ni cheeky sangatt tauuuu


sebelum balik tu, x de benda pun buat .. mandi kolam, makan, kacau org, repeat. hahahah

sebelum balik, haruslah selfie duluuu.. :p

masa nak balik tuu hujan lebat gilerrrr... igtkan nak gi amb gmbr kat pantai.. tp hujan. so, amb kat dalam hotel jee.. kat tempat mcm dewan makan tuu.. yg sebelah kolam tuuu .. huhu

cantikkan nenek kita?


the girlssss
the boyssss

family picture !

another one !


gambar buruk wajib ada !! hahahah
so, otw balik tu, singgah makan kat kota tinggi. and budak salehudin ni tidurr pulakk


tidur pon comel !! hidung dah laa kembang !! mulut juih !!
tp kak mah sayang jugakk !!! :*

 lepastu singgah rumah nenek, baru balik pontian. hihi

ngan alehuddin lagiiii
terima kasih family for another memory to be kept and sealed in my heart. gittuuhhh.. looking foward for the next family day !!
Thank you for reading this entry !